KUALA LUMPUR, 18 Okt – Mah Sing Group Bhd berharap kerajaan akan terus menggalakkan pemilikan rumah sendiri khususnya kepada pembeli rumah kali pertama dengan melonggarkan garis panduan pinjaman perumahan.
Pengarah Urusan Mah Sing Group Tan Sri Leong Hoy Kum berkata industri hartanah berdepan cabaran dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya disebabkan isu kelayakan pinjaman.
“Kami menunggu Dasar Perumahan Negara yang akan diperkenalkan dan inisiatif baharu yang dijangka memberi manfaat kepada pembeli rumah kali pertama, selain menangani permintaan terhadap rumah mampu milik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini mengenai harapan syarikat itu dalam Bajet 2019. – Bernama