Malaysia, Indonesia bimbang persaingan kapal selam Australia

JAKARTA, 18 OKT – Menteri-menteri luar Malaysia dan Indonesia meluahkan kebimbangan mereka hari ini bahawa kapal selam berkuasa nuklear milik Australia mungkin meningkatkan persaingan kuasa utama di Asia Tenggara.

Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia mengumumkan bulan lalu mereka sudah membentuk persekutuan keselamatan yang akan membantu Australia lengkap dengan kapal selam yang dijana oleh nuklear. Persekutuan akan menyaksikan pembentukan semula hubungan di rantau Indo-Pasifik dan sekitarnya.

Di bawah perjanjian itu, Australia akan membina sekurang-kurangnya lapan kapal selam berkuasa nuklear menggunakan pakar dari AS, sementara membatalkan kontrak dengan Perancis bagi kapal selam yang menggunakan elektrik diesel. Pakar berkata kapal selam nuklear akan membolehkan Australia untuk menjalankan rondaan yang lebih jauh dan memberikan sekutunya penguasaan ketenteraan yang lebih kuat di rantau berkenaan.

‘’Situasi ini tidak akan menguntungkan mana-mana pihak,’’ kata Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi selepas perjumpaan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Saifuddin Abdullah d Jakarta. ‘’Kami bersetuju usaha untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan mesti diteruskan di rantau ini dan tidak mahu dinamik ketika ini untuk mencetuskan ketegangan dalam perlumbaan senjata dan juga rangka kuasa. – AP