Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Malaysia, Iran setuju jalin kerjasama bidang penyelidikan pertanian

    PUTRAJAYA, 19 JAN – Iran bersedia berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan Malaysia dalam bidang penyelidikan dan pembangunan pertanian serta teknologi dalam sistem terkini pengairan tanaman dan sistem pengurusan air.

    Ia antara inti pati perbincangan antara Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dan Duta Besar Iran di Malaysia Ali Asghar Mohammadi dalam pertemuan yang berlangsung di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) di sini pada 10 Januari lepas.

    MAFS dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertemuan itu adalah untuk mempertingkatkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian terutama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

    Menurut kenyataan itu, satu perjanjian kerjasama dijangka ditandatangani antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Pertubuhan

    Penyelidikan, Pendidikan dan Pengembangan Pertanian (AREEO) yang berpangkalan di Tehran, tidak lama lagi.

    MAFS memaklumkan Iran juga mengharapkan kepakaran dan pengetahuan Malaysia dalam bidang akuakultur dalam membangunkan sektor berkenaan di Iran. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...