Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Malaysia kini di ranking ke-147 dunia

    KUALA LUMPUR, 23 JUN – Kejayaan skuad Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia 2023 membantu melonjakkan Malaysia tujuh anak tangga untuk menduduki tempat ke-147 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

    Skuad Harimau Malaya sebelum ini menduduki tangga ke-154 dunia pada ranking sebelum ini yang dikeluarkan Mac lepas.

    Pasukan kendalian Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon mencipta sensasi apabila berjaya menamatkan penantian lebih empat dekad dengan melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023 selepas membenam Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

    Kali terakhir Malaysia membuat penampilan di Piala Asia adalah pada edisi 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, namun sudah 42 tahun Malaysia gagal layak secara merit sejak edisi 1980 di Kuwait. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...