Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    Malaysia komited jalin kerjasama dengan anggota APEC

    BANGKOK, 19 OGOS – Malaysia komited untuk menjalin kerjasama dengan anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk membangunkan sektor pelancongan secara mampan. 

    Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri juga mengesyorkan agar penglibatan dan perkongsian pandangan kalangan anggota APEC diadakan secara berterusan dalam digitalisasi, penggunaan teknologi dan pelaburan yang mampan di sektor pelancongan. 

    “Perkara ini penting bagi memastikan industri pelancongan akan lebih kukuh dan lebih berdaya tahan bagi menghadapi apa jua cabaran serta rintangan pada masa hadapan,” katanya di Mesyuarat Menteri-menteri Pelancongan APEC ke-11 dan Mesyuarat Berkaitan di Bangkok hari ini, 

    Mesyuarat yang pertama kali diadakan selepas 2018 itu akan menjadi sebahagian daripada agenda dalam merangka dasar pelancongan di rantau APEC. Dalam mesyuarat itu, Nancy berkata Malaysia menjangkakan bahawa fasa pemulihan pelancongan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga tahun lagi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan