Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia kurang bernasib baik

    KUALA LUMPUR, 28 Mei – Skuad hoki lelaki kebangsaan mencatat kekalahan ketiga berturut-turut selepas dibenam 2-7 oleh juara bertahan Olimpik, Argentina dalam perlawanan ujian di Mar del Plata, Argentina pada Ahad.

    Malaysia yang sebelum ini tewas 0-1 dan 1-6 di tangan pasukan itu, ketinggalan jauh selepas Argentina mendahului selesa 5-1 pada separuh masa pertama, demikian menurut laman Facebook Persekutuan Hoki Malaysia.

    Kesemua lima gol tuan rumah terbabit masing-masing disumbang oleh Joaquin Menini pada minit pembukaan dan ke-14, Nicholas Della Torre (m-6 dan m-27) serta Tomas Domene pada minit ke-9 manakala gol Malaysia disumbang oleh Muhammad Haziq Samsul pada minit ke-5.

    Apabila separuh masa kedua bermula, pasukan tuan rumah yang lebih dikenali sebagai Los Leones (The Lions) itu mengekalkan dominasi perlawanan dengan menambah dua gol lagi, masing-masing melalui Juan Gilardi (m-35) dan kapten pasukan Pedro Ibarra,(m-37) sebelum Malaysia mengurangkan defisit dengan gol kedua menerusi Muhammad Azri Hassan pada minit ke-45. Malaysia akan bertemu Argentina untuk perlawanan persahabatan keempat mereka pada Selasa (Rabu waktu Malaysia).

    Ketua jurulatih kebangsaan Stephen Van Huizen mengatur enam perlawanan ujian menentang Argentina sebagai persediaan Sukan Asia 2018 pada Ogos ini dengan pasukan negara diharap dapat menyumbang pingat emas sekali gus layak secara automatik ke Olimpik Tokyo 2020. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda