Tuesday, April 22, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia kutuk serangan pengebom Ankara

    PUTRAJAYA, 2 OKT – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan pengebom bunuh diri di Ankara, Turkiye kelmarin, yang mencederakan dua pegawai polis, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).

    “Malaysia bersolidariti dengan kerajaan Turkiye dan masyarakat antarabangsa dalam menolak sebarang tindakan keganasan yang bertujuan mengganggu proses politik yang sah,” menurut kementerian dalam satu kenyataan hari ini.

    Agensi Anadolu melaporkan seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di hadapan Direktorat Keselamatan di Ankara pada 9:30 pagi waktu tempatan.

    Dua anggota polis cedera ringan, manakala seorang pengganas dibunuh oleh pasukan keselamatan.

    Sementara itu, Wisma Putra mengesahkan tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu.

    Kedutaan Malaysia di Ankara sedang memantau perkembangan itu dan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    “Rakyat Malaysia di Turkiye disaran mengambil langkah berwaspada dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.

    Rakyat Malaysia di Turkiye yang ingin mendapatkan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda