Monday, February 6, 2023
22.7 C
Brunei

-

Malaysia lancar khidmat Mastercard Bill Pay

KUALA LUMPUR, 10 JAN – Malaysia muncul sebagai negara pertama di Asia Pasifik yang melaksanakan Mastercard Bill Pay, mekanisme pengurusan bil baharu menggabungkan paparan serta pembayaran di ruang sama.

Mekanisme yang dilancarkan hari ini oleh Mastercard dengan kerjasama ATX Fintech Holdings Sdn Bhd di sini, khusus untuk manfaat pelanggan menerusi e-dompet digital ATX, GoPay serta platform pembayaran dalam talian berasaskan sesawang, PayHub2U.  

Pengurus Negara Mastercard bagi Malaysia dan Brunei, Beena Pothen berkata kerjasama dengan ATX bagi penyelesaian pembayaran bil secara mudah alih pertama itu adalah sesuatu yang tepat pada masanya. 

“Pembayaran bil melebihi AS$25 bilion (AS$1=RM4.48) dan merentasi satu bilion bil setiap tahun di Malaysia. Malah, semakin ramai bertindak menggunakan khidmat e-pembayaran yang terbukti dipercepat susulan pandemik,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Mastercard Bill Pay.

Bagaimanapun, Pothen berkata hanya 50 peratus pembayaran itu adalah secara digital dan usaha itu adalah sejajar dengan langkah Mastercard menyokong inisiatif kerajaan serta Bank Negara Malaysia untuk mendigitalkan pembayaran. – Bernama

Artikel sebelum iniRabu, 11 Januari 2023
Artikel seterusnyaKapten Perancis umum bersara
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -