Malaysia lancar Majlis Bandar Pintar akhir tahun

KUALA LUMPUR, 11 SEPT – Kerajaan akan melancarkan Majlis Bandar Pintar di bawah Rangka Kerja Pembangunan Bandar Pintar Malaysia 2018-2025 menjelang akhir tahun ini dengan mengadakan syor atau cadangan kepada 13 ketua menteri dan menteri

besar ke arah mewujudkan bandar pintar yang sesuai didiami, boleh kerja dan mampan.

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Datuk Mohd Anuar Maidin berkata majlis itu yang menyasar untuk meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai antara bandar pintar dunia akan menyenaraikan 78 penunjuk di bawah rangka kerja itu.

Beliau berkata majlis berkenaan akan dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Menurut IESE Cities Motion Index 2019, London muncul sebagai bandar paling pintar dunia (di kedudukan pertama dengan skor indeks 100 peratus), manakala Kuala Lumpur menduduki tangga ke-100 dengan skor 52.83 peratus.” – Bernama