Malaysia lapor 39,002 kes denggi sehingga 25 April

KUALA LUMPUR, 29 APRIL – Sejumlah 39,002 kes denggi dilaporkan dari 29 Dis 2019 hingga 25 April tahun ini, menurut Laporan Situasi Semasa Denggi, Chikungunya dan Zika di Malaysia 2019 dan 2020.

Perangkaan yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjuk-kan penurunan sebanyak 4,063 kes (9.4 peratus) denggi  daripada  43,065 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Laporan itu juga menyatakan hanya satu kematian akibat denggi dilaporkan pada minggu ke-17 (19 hingga 25 April) 2020 dengan jumlah

kumulatif 64 kematian berbanding 67 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.

“Sepanjang minggu ke-17 tahun ini, sejumlah 1,301 kes denggi dilaporkan , meningkat 11 peratus berbanding minggu sebelumnya,” kata laporan itu yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya hari ini. – Bernama