KUALA LUMPUR, 6 JULAI – Sebanyak 313,761 dos suntikan vaksin diberikan semalam, menjadikannya sebagai jumlah tertinggi dalam sehari, sekali gus melepasi sasaran 300,000 dos suntikan sehari.
Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 117,158 merupakan pemberian dos kedua.
“Sebanyak 313,761 dos pada 5 Julai, yang tertinggi setakat ini. Daripada jumlah itu, 196,603 dos pertama dan 117,158 dos kedua,” katanya. – Bernama