Malaysia mohon ekstradisi warga disyaki seludup senjata api di Pakistan
TEBEDU, 28 Dis – Malaysia akan memohon lelaki yang ditahan disyaki menyeludup senjata api di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Pakistan, diesktradisi ke negara ini supaya siasatan dari aspek perundangan dan keselamatan dapat dilaksanakan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendapat kerjasama Interpol untuk memperoleh maklumat terperinci tentang penahanan warga Malaysia dari Sarawak itu. Dengan adanya kerjasama Malaysia dan Pakistan, seterusnya pendakwaan akan dapat ditentukan,????


































