Malaysia muktamadkan pemilihan vaksin COVID-19 awal 2021

KUALA LUMPUR, 29 SEPT – Kerajaan berkemungkinan memuktamadkan pemilihan vaksin COVID-19 menjelang awal tahun 2021, demikian menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata data daripada beberapa ujian klinikal vaksin COVID-19 yang berada pada fasa ketiga, dijangka dianalisis pada hujung tahun ini.

Menurut beliau, MOSTI juga sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara berkenaan implikasi undang-undang dan model perolehan bagi vaksin COVID-19. “Kita juga sedang berbincang terus dengan syarikat-syarikat farmaseutikal antarabangsa lain bagi pembekalan terus tanpa melalui pelan peruntukan vaksin COVID-19 Vaccine Global Access (Covax). – Bernama