Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Malaysia nobatkan atlet olahraga Terengganu 2021/2022

    KUALA TERENGGANU, 21 MAC – Pelumba basikal Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff dan atlet karate, Siti Nur Azwani Nor Azli diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terengganu 2021/2022 malam tadi.

    Muhammad Nur Aiman mengungguli anugerah itu selepas menewaskan empat calon lain termasuk atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad manakala Siti Nur Azwani melakar sejarah tersendiri apabila merampas gelaran tersebut daripada bekas pesilat kebangsaan, Siti Rahmah Mohamed.

    Kemenangan itu membolehkan kedua-duanya pulang dengan hadiah wang tunai RM7,000, piala iringan, sijil kepujian dan sepasang blazer dalam majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu (AST) di Wisma Darul Iman, di sini.

    Muhamad Nur Aiman berkata anugerah yang pertama kali diterima itu akan dijadikan sebagai pencetus semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan demi pasukan, negeri dan negara pada masa hadapan.

    Beliau yang sedang menjalani kem latihan di Sepanyol diwakili ibunya untuk menerima anugerah berkenaan.

    Siti Nur Azwani yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula berkata beliau tidak menyangka terpilih menerima anugerah itu, memandangkan calon tersenarai masing-masing memiliki profil serta pencapaian karier sukan yang hebat termasuk di peringkat Olimpik. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...