Thursday, October 10, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia perlu terajui inovasi teknologi mampu milik

    KUALA LUMPUR, 12 SEPT – Malaysia perlu berada di barisan hadapan dalam inovasi teknologi mampu milik untuk menangani cabaran dalam usaha meraih pertumbuhan hijau, termasuk menguruskan keselamatan makanan dan cabaran iklim, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Liew Chin Tong.

    Beliau berkata Malaysia mempunyai cuaca baik untuk kebanyakan produk pertanian, justeru pelaburan dalam agroteknologi perlu dilaksanakan berikutan Malaysia perlu dikenali sebagai peneraju dalam teknologi hijau dalam semua bidang.

    “Sebagai contoh, Belanda adalah pengeksport utama makanan dan produk pertanian walaupun saiz geografi yang kecil dan sumber terhad. Teknologi adalah aspek yang akan mengubahnya,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Tadbir Urus Iklim Kebangsaan (NCGS) 2024, hari ini.

    Beliau berkata untuk memberikan perhatian mengenai pertumbuhan hijau di Malaysia pada 2020an, beberapa anjakan paradigma perlu dilakukan, yang turut melibatkan masyarakat.

    “Selalunya, mereka yang menyifatkan tekanan kepada sifar bersih adalah pusat kos melihat struktur harga semasa. – Bernama

    Liew Chin Tong semasa Persidangan Dewan Negara sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen pada 24 Julai. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda