Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Malaysia perluas agihan ubat Paxlovid

    PUTRAJAYA, 17 MEI – Ubat antiviral Paxlovid bagi merawat virus COVID yang sebelum ini digunakan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan, akan diperluaskan ke hospital dan klinik swasta serta hospital pengajar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

    “Kita setuju agihkan (ubat antiviral Paxlovid) kepada hospital swasta, klinik swasta dan hospital pengajar supaya penggunaannya dapat diperluaskan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan (KKM) di sini, hari ini.

    Khairy berkata setakat ini, 405 pesakit COVID telah diberikan ubat berkenaan dan kesemua mereka telah sembuh sepenuhnya daripada penyakit itu.

    “Ubat ini diberikan kepada mereka berisiko tinggi… mungkin kumpulan yang akan terima ubat ini akan diperluaskan penggunaannya,” katanya.

    Pada Khamis lalu (12 Mei), Khairy memaklumkan seramai 173 pesakit COVID yang diberikan ubat antiviral Paxlovid telah sembuh sepenuhnya dan tiada sebarang kesan sampingan dilaporkan hingga 9 Mei lepas.

    Penggunaan ubat antiviral itu bagi merawat pesakit COVID telah dimulakan sejak 15 April lepas di 512 Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di klinik kesihatan dan 78 hospital kerajaan. – Bernama

    Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika bertemu para pengamal media pada Sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan di Pusat Konvesyen Anatarabangsa Putrajaya (PICC). Turut hadir ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (kanan). – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...