Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Malaysia peroleh manfaat kerjasama saling untung

    BEIJING, 8 OGOS – Malaysia, rakan kongsi di bawah gagasan komuniti berkongsi nasib sesama insan, aktif menyertai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan turut mendapat manfaat secara langsung daripada konsep pembangunan berlandaskan kerjasama saling untung yang dikemukakan China.

    Demikian kata Naib Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Tan Teik Cheng ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG), baru-baru ini. Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berkata daya pengendalian pelabuhan tersebut terus melonjak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, manakala perusahaan China merupakan penyumbang utama.

    Pada masa sama, pelaksanaan BRI turut merancakkan aktiviti perdagangan negara-negara jiran, menyaksikan banyak produk keluaran Thailand, Myanmar dan Vietnam dieksport ke China melalui Pelabuhan Pulau Pinang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...