Malaysia rekod 19,991 kes baharu

KUALA LUMPUR, 10 OGOS – Kes baharu positif COVID-19 negara meningkat semula hari ini apabila mencatat 19,991 kes, setelah tiga hari berturut-turut mencatatkan penurunan. Semalam Malaysia merekodkan 17,236 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan, bilangan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,299,767.

Selangor kekal penyumbang tertinggi dengan 7,338 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur (2,374); Kedah (1,830); Sabah (1,383); Johor (1,344); dan Kelantan (1,030). – Bernama

Orang ramai dinasihati untuk terus mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya tidak mengunjungi kawasan tumpuan jika tiada urusan penting meskipun pada hari cuti umum sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19. – Bernama