Malaysia rekod 21,176 kes baharu

KUALA LUMPUR, 10 SEPT – Kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di seluruh negara hari ini sedikit meningkat iaitu 21,176 kes berbanding 19,307 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini sebanyak 1,940,950 kes. Sarawak masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,734 diikuti Selangor 3,595, Johor (2,297), Sabah (2,246), Pulau Pinang (1,939), Kedah (1,808), Perak (1,366), Kelantan (1,254) dan Pahang (853).

“Terengganu pula mencatatkan 776 kes, Melaka (485), Kuala Lumpur (467), Negeri Sembilan (252), Perlis (77), Putrajaya (21) dan Labuan (6),” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat semalam ialah 82 peratus atau 1,590 manakala katil bukan ICU ialah 77 peratus  (17,493). – Bernama