Malaysia rekod 3,418 kes baharu COVID-19

KUALA LUMPUR, 2 MEI – Kes positif baharu COVID-19 mencatatkan peningkatan dengan 3,418 kes dilaporkan hari ini berbanding 2,881 kes semalam, sekali gus menjadikan kes kumulatif COVID-19 di negara ini mencecah 415,012 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata daripada jumlah itu dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 1,200 kes diikuti Sarawak (587) dan Kelantan (400).

Ia diikuti Johor dengan 213 kes; Kuala Lumpur (198); Terengganu (184); Pulau Pinang (145); Sabah (115); Kedah (101); Perak (77); Negeri Sembilan (73); Melaka (61); Pahang (45); Putrajaya (8); Labuan (7) dan Perlis (4). – Bernama