Malaysia rekod tiga kes baharu

PUTRAJAYA, 16 JULAI – Sebanyak tiga kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini melibatkan satu kes import dan dua kes penularan di dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia kini sebanyak 8,737 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah  77 kes.

Mengulas lanjut, beliau berkata kedua-dua kes penularan di dalam negara melibatkan warga asing iaitu satu kes di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Jalan Duta di sini dan satu lagi melibatkan saringan di tempat kerja yang dijalankan majikan di Sarawak. – Bernama