Malaysia rekod tujuh kes lagi

KUALA LUMPUR, 13 JULAI – Sebanyak tujuh kes baharu positif COVID-19 dilapor hari ini, melibatkan enam kes import dan satu kes penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,725 dan kes aktif dengan kebolehjangkitan virus itu adalah 83 kes. – Bernama