Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Malaysia sasar tingkatkan jumlah stesen pengecas EV

    SHAH ALAM, 11 FEB – Malaysia dijangka mempunyai lebih banyak kemudahan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) berikutan kemampuan syarikat tempatan menyediakan perkhidmatan bagi pembangunan kemudahan tersebut pada harga lebih rendah.

    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Dasar Automatif Nasional 2020 sebelum ini menetapkan sasaran pembinaan hampir 5,000 stesen pengecas EV namun ia masih dalam peringkat pembangunan.

    Menurutnya, antara usaha ke arah itu membabitkan kerjasama antara syarikat tempatan, Mobility Werk Group Sdn Bhd (MW Group) menerusi anak syarikatnya, MW EV Sdn Bhd dengan firma United Kingdom, EZ-Charge yang dilihat dapat meningkatkan teknologi tersebut di negara ini.

    “Oleh itu, keupayaan syarikat menghasilkan pembuatan EV di peringkat tempatan sepatutnya dapat membolehkan usaha pembinaan kemudahan itu dengan lebih murah dan mudah.

    “Kita juga tidak bimbang untuk melakukan perjalanan jauh (menggunakan kenderaan EV) kerana adanya kemudahan stesen mengecas ini di merata tempat,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MW EV Sdn Bhd dengan EZ-Charge di sini hari ini.

    Sementara itu, Pengerusi Eksekutif MW Group Zulkifli Kasim berkata kerjasama dengan rakan teknikal EZ-Charge itu juga merupakan antara usaha merealisasikan perkembangan EV dalam industri automotif Malaysia.

    Menurutnya, EZ-Charge merupakan sebuah syarikat dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam inovasi penyelesaian elektronik pintar serta mempunyai kredibiliti dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui dari United Kingdom. – Bernama

    Datuk Seri Dr Adham Baba (tiga, kiri) melakukan demonstrasi mengecas kereta melalui Mobility Werk Charger sempena lawatannya ke MW Advantech Sdn Bhd, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...