Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Malaysia sedia alu-alukan pelancong

    Oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Selepas hampir dua tahun penutupan sempadan disebabkan pandemik COVID-19, Malaysia bersedia untuk mengalu-alukan kembali pelancong antarabangsa ketika negara beralih ke fasa endemik, mulai 1 April  depan.

    Tourism Malaysia Brunei menerusi kenyataan akhbarnya menjelaskan, selepas pembukaan sempadan itu nanti, pengembara yang menerima vaksin lengkap boleh membuat perjalanan tanpa kuarantin dan hanya perlu menjalani ujian RT-PCR COVID-19 dua hari sebelum berlepas dan menjalani RTK-Ag yang ditadbir secara profesional dalam masa 24 jam selepas tiba di Malaysia.

    Kenyataan menambah, pengembara yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah boleh memasuki Malaysia dengan memuat turun dan mengaktifkan aplikasi pengesanan kenalan MySejahtera untuk memudahkan proses kemasukan ke Malaysia,  dan melengkapkan borang pra-berlepas di bawah ‘Pengembara’ tanpa perlu memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan.

    Sementara itu, pelancong antarabangsa yang tidak diberi vaksin sepenuhnya mesti menjalani kuarantin selama lima hari semasa ketibaan.

    Kanak-kanak dan remaja berumur 12 hingga 17 tahun dibenarkan masuk tanpa kuarantin dan hanya perlu menjalani COVID-19 RTK-Ag dalam tempoh 24 jam selepas tiba di Malaysia.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...