Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Malaysia setuju langkah OPEC+ kurangkan pengeluaran minyak

    KUALA LUMPUR, 18 OKT – Malaysia bersetuju dengan langkah Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+) untuk mengurangkan pengeluaran minyak sehingga dua juta tong sehari, berkuatkuasa pada November 2022.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keputusan sebulat suara itu dicapai memandangkan OPEC+ secara kolektif telah mengambil kira faktor-faktor yang melibatkan asas-asas pasaran, terutama dalam menangani ketidaktentuan berkaitan bekalan dan permintaan minyak di peringkat global.

    “Malaysia menyokong inisiatif dan pendekatan proaktif OPEC+, termasuk dokumen kerjasama yang telah dimeterai pada 10 Disember, 2016.

    “Dokumen tersebut menyatukan negara pengeluar minyak untuk turut mematuhi mekanisme kukuh dalam menangani cabaran-cabaran pasaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...