Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Malaysia sumbang RM10 juta bangunkan bola sepak

    PUTRAJAYA, 17 JAN – Kerajaan Malaysia akan menyumbang RM10 juta kepada Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) tahun ini sebagai sokongan kerajaan untuk pembangunan bola sepak negara.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap ia dapat membantu FAM melahirkan pemain yang berkualiti dan membangunkan fasiliti secara terancang bagi meningkatkan mutu bola sepak negara.

    “Dalam bola sepak, pembangunan pemain bola sepak bukan setakat infrastruktur yang canggih dan moden semata-mata kerana bola sepak negara hanya akan maju apabila melibatkan pembangunan pemain yang sistematik bermula dari peringkat akar umbi dan seterusnya menggilap bakat mereka sehingga menjadi aset terbaik negara.

    “Pembangunan akar umbi yang mantap dan berkesan memerlukan semangat profesionalisme yang tinggi. Sikap profesional menuntut sesebuah organisasi dan juga individu untuk membuat perancangan yang rapi. Failing to plan is planning to fail (Kejayaan tidak berlaku secara kebetulan. Ia memerlukan perancangan),” katanya dalam ucapan sempena majlis pecah tanah ibu pejabat baharu FAM di Presint 5 hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...