Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia tagih magis Azizulhasni sumbang pingat di Tokyo

    TOKYO, 6 OGOS – Ketika Sukan Olimpik Tokyo 2020 sudah semakin hampir ke penghujung, kayuhan ‘magis’ jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang amat ditagih bagi menyumbangkan pingat buat kontinjen Malaysia.

    Malah, peminat sukan tanah air juga mengharapkan kayuhan bertenaga daripada Muhammad Shah Firdaus Sahrom agar dapat menghadiahkan pingat, sekali gus membolehkan kontinjen negara mencapai sasaran tiga pingat ditetapkan pada temasya Olimpik kali ini.

    Lebih-lebih lagi, kontinjen Malaysia kini bergantung kepada aksi Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus yang merupakan atlet negara yang masih membawa cabaran sebelum temasya sukan terbesar dunia itu melabuhkan tirai pada Ahad (8 Ogos).

    Setakat ini, Malaysia hanya meraih satu pingat gangsa menerusi pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang juga pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo, dalam acara beregu badminton lelaki. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda