Sunday, September 8, 2024
34.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia tekankan potensi pelaburan hijau di EMM

    PUTRAJAYA, 12 OGOS – Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga (EMM) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka membincangkan hala tuju, dasar dan kerjasama untuk pertumbuhan mampan dalam sektor tenaga khususnya peralihan tenaga dan usaha mengurangkan jejak karbon ekonomi APEC.

    Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) dalam kenyataan hari ini berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air akan mengetuai delegasi Malaysia ke EMM pada 15 hingga 16 Ogos ini.

    Mesyuarat APEC EMM yang dihoskan oleh Peru selaku Pengerusi APEC 2024 merupakan pertemuan peringkat tertinggi pemimpin ekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga.

    Menurut Petra, Timbalan Perdana Menteri akan mengetengahkan pendirian negara dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara, memastikan pembangunan tenaga yang inklusif dan saksama serta berkongsi aspirasi negara ke arah pembebasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050.

    Katanya, usaha ini akan dilaksanakan menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), Pelan Hala Tuju Eknomi Hidrogen (HETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

    “Perkongsian dan libat urus mengenai inisiatif progresif oleh Malaysia mampu memberikan gambaran positif mengenai potensi pelaburan hijau negara kepada para pelabur dari rantau Asia Pasifik.

    “Selain mempromosi usaha serta komitmen pertumbuhan mapan negara, penyertaan Malaysia akan mengukuhkan lagi imej dan kedudukan negara sebagai destinasi untuk pelaburan yang bersih dan bernilai tinggi,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Majlis Anugerah Industri Malaysia (MINDA) 2024 di Bangsar South pada 8 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda