Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Malaysia terima 200,000 dos vaksin CanSino

    SEPANG, 20 OGOS – Malaysia hari ini menerima kumpulan pertama vaksin COVID-19 berdos tunggal jenis CanSino buatan China bagi merancakkan momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terutama di kawasan pedalaman.

    Sebanyak 200,000 dos vaksin CanSino yang dibangunkan oleh CanSino Biologics Inc dari China itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira 8.45 pagi melalui penerbangan Malaysia Airlines MH361.

    Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam satu kenyataan hari ini berkata 200,000 dos vaksin berbentuk produk akhir yang diterima hari ini adalah sebahagian daripada 3.5 juta dos vaksin CanSino yang telah ditempah oleh Malaysia dengan penghantarannya dibuat secara berperingkat.

    “Bekalan ini dapat memperhebat lagi PICK terutamanya di kawasan yang rendah akses dan seterusnya membantu Malaysia mencapai sasaran imuniti kelompok seperti disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara mengikut garis masa yang ditetapkan,” menurut CITF.

    Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Tenaga. Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Ir Dr Siti HamisahTapsir dan KSU Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah hadir di KLIA untuk menyambut ketibaan vaksin itu. – Bernama

    Malaysia menerima kumpulan pertama vaksin COVID-19 CanSino buatan China sebanyak 200,000 dos, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kanada tegaskan perlu ‘kehadiran diplomatik kuat’ di India

    NEW DELHI, 4 OKT - Kanada kelmarin menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu...