Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia tewaskan Wales

    KUALA LUMPUR, 10 OKT – Kemenangan manis 4-3 dilakar skuad hoki lelaki Malaysia ke atas Wales dalam Siri Jelajah United Kingdom 2021 semalam mampu membantu pasukannya untuk terus memperbaiki ranking dunia, menurut ketua jurulatih A. Arulselvaraj.

    Skuad ‘Speedy Tigers’ kini menghuni tangga ke-11 ranking dunia Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

    “Kekuatan pasukan negara adalah kelajuan dan kami akan membawa keyakinan yang ada ini untuk perlawanan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia semalam.

    Bagaimanapun, Arulselvaraj dilihat kurang berpuas hati dengan disiplin ditampilkan skuadnya hingga menyaksikan beberapa pemain mengutip tiga kad hijau dan satu kad kuning.

    Pada aksi semalam, pintu gol negara diuji apabila Wales terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit kelima menerusi pukulan strok oleh Joseph Naughalty sebelum pakar pukulan sudut penalti negara, Muhammad Razie Abd Rahim kembali mengikat kedudukan 1-1 selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-14. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda