Sunday, March 23, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia, Thailand kerjasama banteras penipuan pekerjaan dalam talian

    BANGKOK, 17 NOV – Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel telah bertemu dengan pihak berkuasa Thailand untuk membincangkan cara-cara mengukuhkan kerjasama bagi membanteras penipuan pekerjaan dalam talian.

    Jojie mengadakan pertemuan dengan Gabenor Wilayah Tak Somchai Kitcharoenrungroj, Penguasa Pejabat Imigresen Pol Kol Buwornphop Soontornlekh dan ketua balai polis Mae Sot, Pol Kol Monsak Kaew-on di utara Thailand.

    Beliau juga bertemu wakil Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) dan Global Alms Incorporated, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan Australia yang komited menghapuskan pemerdagangan manusia, eksploitasi seksual dan penderaan fizikal ke atas lelaki, wanita dan kanak-kanak.

    “Mesyuarat itu bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani isu rakyat Malaysia yang telah ditipu oleh sindiket penipuan pekerjaan.

    “Kami juga membincangkan strategi untuk menghalang lebih ramai daripada menjadi mangsa penipuan ini,” katanya kepada Bernama. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda