Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Malaysia tingkat eksport minyak sawit ke China

    KUALA LUMPUR, 25 SEPT – Malaysia akan meningkatkan eksport minyak sawit ke China sebanyak 500,000 tan setiap tahun sebagai tindak balas terhadap tekanan baru daripada sekatan Kesatuan Eropah (EU) yang bertujuan menangani pembalakan haram, kata seorang menteri kanan kepada AFP hari ini.

    Blok perdagangan itu memperkenalkan peraturan baharu tahun ini yang mengharamkan barangan dari tanah yang telah mengalami pembalakan hutan, menyumbang tenaga untuk memerangi perubahan iklim dan pemusnahan alam sekitar.

    Pihak alam sekitar menyalahkan minyak sawit kerana mempercepatkan pemusnahan hutan hujan di Malaysia dan Indonesia, yang bersama-sama menghasilkan 85 peratus pengeluaran global.

    Namun, peraturan EU itu telah menjadi kontroversi di negara pengeluar, dengan kedua-dua Malaysia dan Indonesia membantah langkah tersebut. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...