Malaysia tingkat jumlah ujian harian COVID-19

PUTRAJAYA, 27 APRIL – Malaysia akan dapat meningkatkan keupayaan menjalankan ujian COVID-19 kepada lebih 22,000 ujian sehari minggu depan susulan penggunaan dua mesin memproses ujian automasi nanti.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata satu daripada mesin berkenaan yang boleh memproses sehingga 5,000 ujian sehari, akan ditempatkan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur, menjelang hujung minggu ini.

“Satu lagi mesin yang boleh melakukan 1,000 ujian sehari pula akan ditempatkan di makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu,” katanya pada sidang media harian mengenai COVID-19 di Kementerian Kesihatan di sini hari ini. – Bernama