Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malcom pemain sasaran Arsenal

    BORDEAUX, 16 Jan – Bintang Bordeaux, Malcom ‘memikirkan’ potensi berpindah ke Arsenal di tengah-tengah minat dari kelab Liga Perdana Inggeris itu, jurulatih pasukan Perancis Jocelyn Gourvennec mengakui, hari ini.

    Menurut media Brazil, peluang pemain berusia 20 tahun itu berpindah ke London itu bagus, dan akan membawa kelab Ligue 1 sekitar 50 juta euro (AS$ 61.3 juta).

    “Dia tidak ragu-ragu tetapi dia memikirkannya,” kata Gourvennec menjelang perlawanan Ligue 1 pasukannya di Caen hari ini.

    “Dia berfikir tentang pilihan terbaik untuknya, ia perlu secara logik.” Malcom telah menjadi salah seorang pemain yang menyerlah, mengubah musim yang mengerikan bagi Bordeaux, menjaringkan tujuh gol liga dan membuat lima hantaran tatkala pasukannya berada di tangga terbawah liga.

    Mereka hanya memperolehi empat mata di atas zon penyingkiran dan dalam bentuk yang menyedihkan, dengan kemenangan 1-0 di Troyes Sabtu lalu, hanya kejayaan kedua mereka dalam 13 perlawanan, yang bermula dengan kemenangan 6-2 oleh Paris Saint-Germain pada akhir bulan September. – AFP

    Gambar fail pada 11 Januari 2018 menunjukkan Malcom ketika menjalani sesi latihan bola sepak di Pusat Latihan Hailan dekat Bordeaux. Malcom ‘memikirkan’ potensi berpindah ke Arsenal di tengah-tengah minat dari kelab Liga Perdana Inggeris itu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda