Maldives beku akaun bekas presiden

COLOMBO, 16 Dis – Bekas presiden Maldives, Abdulla Yameen kini dalam siasatan atas dakwaan rasuah, menurut polis hari ini selepas sebuah mahkamah memerintahkan untuk membekukan beberapa akaun yang memiliki simpanan sebanyak AS$6.5 juta.

Yameen, yang tewas pada pilihan raya pada September lalu ditemu bual oleh pihak polis semasa bercuti di pulau percutian kelmarin.

Dia dituduh menerima sebanyak AS$1.5 juta dalam bentuk pembayaran tidak sah ketika gagal dalam pemilihan semula di negara kepulauan Laut Hindi itu.

Pihak berkuasa monetari negara berkenaan telah membuat satu aduan polis mengenai sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Yameen dalam dua pembayaran yang diragui, menurut laporan media setempat.

Bekas orang kuat presiden, yang memerintah pulau-pulau percutian terkenal dengan pemerintahan kuku besi, penjara atau membuang pesaingnya, telah menafikan pertuduhan berkenaan.

Yameen banyak bergantung ke atas bantuan kewangan dan politik China dalam negara yang diduduki oleh 340,000 orang penduduk beragama Islam, memberi kesukaran kepada negara jirannya, India.

Beijing telah mencabar New Delhi kerana pengaruh serantaunya termasuklah negara-negara yang berada di lokasi strategik seperi Maldives, Sri Lanka dan Nepal yang secara tradisinya berada dalam kawasan India. – AFP

Gambar fail menunjukkan Abdulla Yameen ketika menyampaikan pengumuman di Male. – AFP