Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Maloney mahu terus bersama skuad B-23

KUALA LUMPUR, 6 JUN – Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan Malaysia, Brad Maloney akan terus mengemudi skuad berkenaan menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 selagi khidmatnya diperlukan.

Ini selepas prestasi hambar skuad berkenaan yang tersingkir daripada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan setelah tewas dalam dua perlawanan Kumpulan C menentang Korea Selatan dan Thailand.

“Ya, saya rasa begitu. Terlintas di fikiran saya, sesuatu yang jelas adalah mungkin perlu berbincang dengan pihak pengurusan sebaik sahaja kembali nanti,” katanya dalam sidang media selepas ditanya jika beliau akan terus menjadi jurulatih pasukan berkenaan dan membuat persiapan untuk kejohanan seterusnya.

Skuad B23 kebangsaan tewas 1-4 kepada juara bertahan Korea Selatan pada Khamis lalu sebelum dibenam 3-0 oleh Thailand, kelmarin.

Pengendali dari Australia itu mempunyai kontrak sehingga Disember 2023.  Sementara itu, Maloney berkata beliau akan melakukan rombakan bagi skuad sedia ada bagi menghadapi perlawanan pelengkap Kumpulan C menentang Vietnam pada Rabu ini untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

“Kita akan menilai semula dan pasti akan melihat pemain bergilir untuk perlawanan seterusnya,” katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi, Putin puji era baharu hubungan

MOSCOW, 22 MAC - Pemimpin China dan Rusia memuji era baharu dalam hubungan mereka hari ini, mempamerkan perpaduan di Moscow ketika Vladimir Putin menuduh...
- Advertisment -