Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malouda buat rayuan ke CAS untuk Guiana

    LAUSANNE, 10 Jan – Bekas pemain sayap Chelsea, Florent Malouda, yang telah diberikan pergantungan dua perlawanan untuk bermain di Guiana Perancis pada Piala Emas CONCACAF tahun lalu, akan merayu penggantungannya di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada hari ini.

    Pemain berusia 37 tahun itu membuat 80 penampilan antarabangsa untuk pasukan

    kebangsaan Perancis antara tahun 2004 dan 2012, tetapi boleh beraksi untuk negara kelahirannya itu kerana ia bukannya dalam persatuan FIFA. Tetapi dia diperintah tidak layak untuk Piala Emas, kerana kejohanan Utara dan Tengah Amerika menggunakan peraturan FIFA.

    Malouda memainkan perlawanan kedua Guiana Perancis di Amerika Syarikat pada Julai lalu, yang bermaksud bahawa permainan itu telah diberikan ke Honduras selepas tamat seri 0-0.

    Malouda (kanan) semasa sesi latihan bersama pasukan kebangsaan Guiana Perancis pada tahun lepas. – AFP

    Dia digantung selama dua perlawanan oleh CONCACAF, diberikan larangan stadium dan bayaran denda, sementara Liga Bola Sepak Guiana juga didenda.

    Malouda yang tidak bermain di mana-mana kelab bola sepak sejak berkhidmat dengan Dehli Dynamos di Liga Super India pada 2016, memberitahu AFP bulan lalu bahawa dia telah mempertimbangkan masa depannya sebagai pemain.

    Dia menghabiskan enam musim bersama Chelsea selepas menandatangani kontrak dari Lyon pada 2007, memenangi Liga Juara-Juara 2012, Juara Liga Perdana 2010 dan tiga Piala FA. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda