Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maluku digoncang gempa 7.1 Skala Richter

    JAKARTA, 15 NOV – Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter menggoncang kepulauan Maluku Utara dan Sulawesi Utara, Indonesia, jam 1.17 pagi waktu Indonesia Timur (12.17 malam waktu Malaysia).

    Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia mengeluarkan amaran tsunami berikutan gempa kuat itu, yang pada mulanya dicatatkan bacaan 7.4 pada skala Richter.

    Bagaimanapun amaran tsunami itu ditamatkan pada jam 3.45 pagi waktu Indonesia Timur (2.45 pagi waktu Malaysia). Menurut BMKG, gempa 7.1 pada skala Richter itu berpusat di 130km barat laut Jailolo-Maluku Utara di kedalaman 10km di Laut Maluku, dan diikuti 26 gempa susulan berukuran kurang daripada 5.9 pada skala Richter yang berterusan berlaku sehingga jam 2.55 pagi (waktu Indonesia Timur). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda