Mama Suad nekad bela nasib wanita Afrika
KUALA LUMPUR – Wanita Sudan terkenal dengan perwatakan lemah lembut dan sopan tutur katanya. Bagaimanapun, jangan terpedaya dengan kelembutan mereka kerana di sebaliknya tertanam semangat kental untuk melihat negara mereka terus makmur dan menempah nama bukan sahaja di rantau Afrika malah di seluruh dunia. Dr Suad El-Fatih Al-Badawi, 85, adalah antara wanita berkenaan. Dikenali kerana perjuangannya membela hak-hak


































