Mampu jaga diri sendiri

Blac Chyna, 31, adalah seorang wanita berdikari dan bekas penari itu merupakan ibu kepada dua anak kecil iaitu Dream, yang berusia 2 tahun ketika bersama Rob Kardashian, dan Cairo, 6 tahun bersama Tyga.

Walaupun beliau tidak bergantung sepenuhnya kepada salah seorang daripada bekas pasangannya, termasuk Rob untuk perbelanjaan anak-anaknya, tetapi menurutnya “Tidak kira untuk saya atau pun bukan, saya berhak untuk menerima wang apabila ia bersangkut paut dengan perbelanjaan anak-anak,” sumber memberitahu HollywoodLife secara eksklusif, mengakui hakikat yang tiada seorang pun bekas pasangannya membiayai perbelanjaan untuk anaknya.

“Dia benar-benar langsung tidak menerima apa-apa pembiayaan dalam apa apa sahaja bentuk bantuan kewangan kecuali dengan usahanya sendiri untuk terus membesarkan anaknya,” ujarnya.

Blac yang dilahirkan di Angela Yee bekerja sebagai penari di kelab untuk membayar yuran sekolah anaknya, dan kemudian dilatih untuk menjadi seorang jurusolek artis profesional pada tahun 2013.

Beliau kemudian muncul pada pertunjukan realiti dengan Rob iaitu Rob & Chyna dan sejak itu melancarkan bulu mata palsu dipanggil Lashed oleh Blac Chyna. Blac Chyna sentiasa menjadi wanita yang berdikari sepanjang hayatnya.

Sejak muda lagi, Chyna sentiasa mendidik dirinya untuk sentiasa menabung dan tidak pernah meminta bantuan daripada sesiapa pun dan dia seorang yang pandai berdikari,” sumber mengesahkan. – Agensi

Blac Chyna tidak meminta apa-apa pun daripada bekas pasangannya kerana beliau mampu menjaga dirinya sendiri. – Agensi