Mampu menjaringkan gol tanpa perlu melompat

PADA usia 12 tahun, Olivier Rioux sudah mempunyai ketinggian 6-kaki-11 (2.11 meter) yang menjadikannya sebagai aset dalam pasukan bola keranjangnya itu. Bukan sahaja dia boleh memasukkan bola ke dalam jaring (berukuran 8 kaki tinggi) dengan mudah, bahkan dia juga dapat melakukan aksi ‘slam dunk’ tanpa perlu melompat.

Seperti yang anda boleh bayangkan, Olivier Rioux cukup dominan semasa berada di gelanggang bola keranjang, di mana pemain-pemain lain hanya berketinggian di paras pusatnya sahaja. Ia adalah suatu kelebihan yang cukup baik, dalam apa jua keadaan. Dia boleh melontar dan menjaringkan gol pada bila-bila masa yang dia mahukan. Dia sering diberikan bola kepadanya oleh rakan sepasukannya. Manakala apabila pihak lawan cuba mengawal atau melontar bola itu ke jaring, dia pasti dapat menghalangnya dengan mudah. Pemain warga Kanada ini sangat tinggi dari kanak-kanak lainnya.

Video aksi Olivier semasa satu perlawanan dan mengetuai pasukannya, Frenchy Phenoms, yang memperolehi kemenangan baru-baru ini telah tular di laman YouTube dan Facebook baru-baru ini. Dia yang baharu berusia 12 tahun itu telah mendapat komen-komen negatif dari netizen. Ramai yang berpendapat bahawa ketinggiannya yang menakjubkan itu dikatakan ‘kelebihan yang tidak adil’ dari semua kanak-kanak lainnya, di mana tidak kira pemain itu berbakat ataupun tidak, pesaing-pesaingnya pasti tidak mampu menghadapinya. Beberapa penonton yang menyaksikan perlawanan itu terlihat mengejek Rioux dan penyokong Phenoms Perancis selepas dia menjaringkan gol. Apapun yang pasti bahawa di sebalik kelebihan ketinggiannya itu, dia masih kanak-kanak.

Adakah ketinggian Olivier membuatkan satu kelebihan yang besar untuknya? Tanpa ragu-ragu, dia bukanlah yang pertama ataupun yang terakhir dalam posisi itu. Pada tahun lalu, terdapatnya artikel mengenai Robert Bobroczky, seorang remaja berusia 16 tahun, berketinggian 7-kaki-7 di SPIRE Institute, di Geneva, Ohio. Sama seperti Rioux, dia sudah berketinggian 7 kaki pada usia 12 tahun. Beberapa kanak-kanak sepertinya membesar dengan cepat daripada usianya. Jadi, apa yang perlu kita lakukan, letakkan mereka bermain menentang golongan dewasa berukuran 7 kaki tinggi atau mencipta liga khas hanya untuk ‘kanak-kanak luar biasa tinggi’ ini, sehingga kanak-kanak lainnya tidak merasa ditipu? Adakah itu adil?

Video aksi Olivier semasa satu perlawanan dan mengetuai pasukannya, Frenchy Phenoms, yang memperolehi kemenangan baru-baru ini, telah menjadi tular di laman YouTube dan Facebook baru-baru ini. – Agensi
Seperti yang anda boleh bayangkan, Olivier Rioux cukup dominan semasa berada di gelanggang bola keranjang, di mana pemain-pemain lain hanya berketinggian di paras pusatnya sahaja. – Agensi
Pada usia 12 tahun, Olivier Rioux sudah mempunyai ketinggian 2.11 meter yang menjadikannya sebagai aset dalam pasukan bola keranjangnya itu. – Agensi

Berikut adalah beberapa reaksi dari wartawan sukan dalam talian terhadap dominasi Olivier Rioux ini:

“Menjadi seseorang yang mempunyai ketinggian dua kaki lebih tinggi dari yang lain dan memandang ke bawah apabila pihak lawan membuat serangan atau halangan, saya sangat menyukainya,” tulis CBS Sports, Pete Blackburn. “Sesuatu perkara itu bukanlah mudah untuk Rioux apabila dia berada ke peringkat seterusnya dan menghadapi persaingan yang lebih sengit, tetapi itu tidak penting sekarang. Apa yang penting ialah kami telah memaparkannya untuk hiburan kita dan Rioux kini kearah menuju impiannya, atau sekurang-kurangnya impian saya, buat masa ini. ”

“Menonton kanak-kanak berukuran tujuh kaki tinggi dengan memasukkan bola ke dalam rim jaring lapan kaki itu sungguh luar biasa. Ianya seperti kita menyaksikan sesuatu daripada filem kanak-kanak, bukannya mimpi ngeri kanak-kanak,” tulis James Dator pada SB Nation.

“Secara jujurnya, gergasi Olivier Rioux berusia 12 tahun, awak sungguh bernasib baik. Mudah-mudahan awak beraksi dalam NBA suatu hari nanti, apabila awak berusia 19 tahun dan awak mempunyai ketinggian 20 kaki tinggi,” tulis VICE Drew Schwartz.

Menariknya, Olivier mempunyai abang yang lebih tua, Emile, yang juga bermain bola keranjang. Dia hanya 6-kaki-4 pada umur 12 tahun dan sekarang, pada umur 15 tahun, dia hanya 6-kaki-9 tinggi, yang membuatnya lebih pendek daripada Olivier, namun masih dianggap jauh lebih tinggi dari kebanyakan remaja seusianya. – Agensi