Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Man City belasah Cardiff

    CARDIFF, United Kingdom, 23 Sept – Manchester City bangkit berikutan kegagalan dalam saingan Eropah dengan menyaksikan Riyad Mahrez menjaringkan dua gol bagi kemenangan 5-0 ke atas Cardiff semalam.

    Kekalahan 2-1 di gelanggang sendiri ke atas Lyon dalam saingan Liga Juara-juara Rabu lalu menyaksikan pengkritik mempersoalkan pergelutan City untuk menemui kembali sentuhan mereka.

    Tetapi skuad kendalian Pep Guardiola itu memberikan jawapan tegas dengan kemena-ngan terbesar mereka dan aksi paling dominan musim ini di selatan Wales.

    Mahrez menjaringkan dua gol, gol pertamanya bagi kelab sejak berpindah dari Leicester dan Sergio Aguero meraikan kemunculannya yang ke-300 bersama City dengan jaringan pendahuluan seminggu selepas menandatangani kontrak baharu.

    Terdapat juga jaringan bagi Bernardo Silva dan aksi cemerlang Ilkay Gundogan ketika City kembali dalam laluan dengan penuh bergaya.

    Aksi Mahrez (kanan) ketika berdepan pemain Cardiff di Stadium Cardiff, kelmarin. – AP

    Cardiff mengalami kekalahan terbesar mereka di bawah bimbangan pengurus Neil Warnock dan masih memburu kemenangan pertama mereka sejak sokongan musim lalu setelah berada dalam zon penyingkiran.

    City mula memberikan cabaran sukar seolah-olah kekalahan mengejut kepada Lyon tidak memberi kesan.

    Tetapi mereka kemudian memecahkan pertahanan Cardiff dengan beberapa hantaran ke atas permukaan licin.

    Aguero, Leroy Sane dan Nicolas Otamendi semuanya dipanggil semula oleh Guardiola, dengan memori masih lagi segar bagi Sane mengenai kecede-raan yang dialaminya di tempat yang sama pada Januari lalu dalam saingan Piala FA.

    Sementara itu, Joe Bennett, direhatkan di bangku simpanan oleh Warnock, dengan membawa membawa masuk Greg Cunningham dan Lee Peltier untuk membentuk semula bahagian pertahanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda