Man City belasah Leeds 7-0

LONDON, 15 DIS – Manchester City mendahului empat mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Kevin De Bruyne memberi inspirasi kepada kemenangan 7-0 ke atas Leeds hanya beberapa jam selepas kelab-kelab diberi langkah baharu yang ketat untuk mengekang ancaman COVID-19, kelmarin.

De Bruyne mempamerkan aksi hebat termasuk dua gol pada permulaan liga pertamanya sejak 6 November selepas bintang Belgium itu pulih daripada serangan COVID-19.

Phil Foden, Jack Grealish, Riyad Mahrez, John Stones dan Nathan Ake turut menjaringkan gol ketika skuad kendalian Pep Guardiola itu menguasai perlawanan di stadium Etihad.

Kemenangan liga ketujuh berturut-turut City memberi tekanan kepada Liverpool di tangga kedua dan Chelsea di tangga ketiga yang masing-masing menentang Newcastle dan Everton pada hari Khamis.

Kemenangan terbesar pasukan juara musim ini menyamai rekod liga teratas Liverpool pada 1982 dengan 33 kemenangan dalam satu tahun kalendar.

Apabila awda mendapat keputusan ini ia adalah kerana secara individu mereka cemerlang,” kata Guardiola. “Kevin, dalam jenis permainan ini apabila ia terbuka dan turun, amat memberangsangkan kerana dia boleh melakukan apa yang dia mahu. Dia sangat penting untuk kami.”

Ia adalah kekalahan liga terbesar bersama dalam sejarah Leeds dan pengurus, Marcelo Bielsa berkata, “Kami tidak pernah mempunyai prestasi seperti ini. Tiada justifikasi. Saya perlu bertanggungjawab.”

City mendahului pada minit kelapan apabila rembatan Foden ditepis masuk menerusi percubaan halangan Stuart Dallas yang tersasar.

Ia adalah gol ke-500 City dalam EPL dalam 207 perlawanan di bawah pengurusan Guardiola, mencipta rekod baharu yang melepasi rekod terpantas sebelum ini oleh Liverpool yang di bawah pengurusan Jurgen Klopp. – AFP

Reaksi Phil Foden meraikan ketika menjaringkan gol dalam perlawanan EPL menentang Leeds kelmarin. – AP