Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Man City juara Liga Perdana musim 2021-2022

    LONDON, 23 MEI – Pep Guardiola memuji anak buahnya apabila mereka berjaya memenangi Liga Perdana buat kali keempat dalam tempoh lima musim selepas mencatat kebangkitan luar biasa setelah ketinggalan dua gol untuk menewaskan Aston Villa 3-2 kelmarin.

    Harapan skuad Guardiola untuk meraih kejuaraan hampir musnah selepas ketinggalan 2-0 pada pertengahan separuh masa kedua dalam babak terakhir pertarungan yang mendebarkan dengan Liverpool.

    Namun, Ilkay Gundogan memberi inspirasi kebangkitan City yang menakjubkan di Stadium Etihad apabila pemain tengah Jerman itu merapatkan jurang sebelum Rodri meraih gol penyamaan.

    Gundogan kemudian menjaringkan gol ketiga City dalam tempoh lima minit pada minit ke-81, mencetuskan sambutan gemuruh dan menjadikan kemenangan 3-1 Liverpool yang di tempat kedua menentang Wolves, tidak bermakna.

    City menamatkan saingan dengan 93 mata, satu mata di hadapan Liverpool, sekaligus menghancurkan harapan pesaing mereka daripada memenangi kesemua empat gelaran yang boleh direbut oleh mereka.

    Gelaran liga kelapan dalam sejarah City merupakan trofi utama kesembilan bagi Guardiola sejak tiba di kelab itu pada 2016. – AFP

    Reaksi pemain Manchester City menjulang trofi meraikan kemenangan Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Aston Villa kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...