Man City kehilangan khidmat Bravo
LONDON, 21 Ogos – Manchester City mungkin terpaksa beraksi sepanjang musim ini tanpa penjaga gol simpanan, Claudio Bravo selepas tonggak Chile itu mengalami kecederaan, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengesahkannya semalam. “Bravo mengalami kecederaan tendon Achilles semasa latihan hari ini,” kata City dalam satu kenyataan. “Dia akan terbang ke Barcelona untuk menjalani ujian selanjutnya

































