Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Man City kembali di puncak liga

    LONDON, 1 MEI – Erling Haaland menjaringkan gol ke-50nya musim ini kelmarin ketika Manchester City menewaskan Fulham untuk kembali ke puncak Liga Perdana, dengan Newcastle dan Manchester United menang untuk merapatkan jurang kedudukan empat teratas.

    Liverpool mengekalkan usaha mereka untuk mendapat tempat di Liga Juara-Juara dengan menewaskan Tottenham 4-3 dalam aksi mendebarkan.

    Kemenangan 2-1 City di Craven Cottage menjadikan anak buah Pep Guardiola mengungguli satu mata di depan pendahulu lama, Arsenal dengan satu perlawanan berbaki.

    Juara bertahan itu, yang memburu gelaran Liga Perdana kelima mereka dalam enam musim, mendahului pada minit ketiga apabila Haaland menjaringkan gol menerusi
    sepakan penalti selepas Julian Alvarez dikasari.

    Gol ke-34 Haaland dalam Liga Perdana musim ini menyamai rekod yang dipegang oleh Andy Cole dan Alan Shearer – yang dijaringkannya dalam 42 perlawanan.

    Pemain Norway itu adalah pemain pertama yang mencapai setengah abad gol dalam semua perlawanan pada satu musim liga utama Inggeris sejak 1931.

    “Sebelum Winston Churchill menjadi Perdana Menteri? Wow. Terdengar seperti waktu yang lama. Tahniah kepada Erling,” kata bos City, Guardiola.

    Fulham menyamakan kedudukan pada minit ke-15 menerusi gol Carlos Vinicius tetapi Julian Alvarez mengembalikan kelebihan City sembilan minit sebelum separuh masa.

    City yang mengejar treble, di tempat teratas buat pertama kali dalam 10 minggu, telah memenangi lapan perlawanan liga terakhir mereka dan tidak tewas dalam 18 perlawanan terakhir me-reka dalam semua pertandingan. – AFP

    Aksi Julian Alvarez selepas menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage di London, 30 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...