Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Man City kenakan Chelsea, Arsenal dan Spurs tersingkir

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 10 NOV – Manchester City meningkatkan tekanan ke atas Graham Potter dengan kemenangan 2-0 ke atas Chelsea untuk mara ke kelompok 16 terakhir Piala Liga kelmarin, sementara Arsenal dan Spurs tersingkir.

    The Gunners tewas 3-1 di laman sendiri oleh Brighton, manakala Spurs kalah 2-0 kepada Nottingham Forest walaupun bermula dengan kehadiran Harry Kane.

    Liverpool terselamat dengan sepakan penalti untuk mengalahkan Derby selepas seri 0-0 di Anfield.

    City menang pertembungan di Etihad selepas menjaringkan dua gol dalam masa lima minit di babak kedua menerusi Riyad Mahrez dan Julian Alvarez seterusnya membawa pasukan kendalian Pep Guardiola mara ke peringkat seterusnya.

    Tendangan lencong Mahrez semasa sepakan percuma di luar kotak penalti berjaya memecah kebuntuan apabila permainan menjadi begitu sengit pada 45 minit pertama.

    Aksi Riyad Mahrez menjaringkan gol pertama untuk Manchester City semasa perlawanan bola sepak antara Manchester City dan Chelsea di stadium Etihad, Manchester, England, kelmarin. – AFP

    Alvarez kemudian memanfaat peluang seterusnya selepas cubaan Mahrez gagal.

    “Julian adalah pemain yang luar biasa. Sudah pasti dia harus melawan penyerang terhebat di dunia, Erling, tetapi Julian mempamerkan kebolehannya yang pelbagai,” kata Guardiola.

    Arsenal kini sedang mendahului City di persada Liga Perdana namun tidak boleh menambah gelaran Piala Liga sejak 1993 selepas Brighton meneruskan rentak hebat mereka di bawah kendalian Roberto De Zerbi.

    Eddie Nketiah meletakkan tuan rumah di depan dekat Emirates namun kesilapan penjaga gol Karl Hein pada penampilan pertamanya bersama Arsenal membolehkan Danny Welbeck menyamakan kedudukan menerusi penalti.

    Sepakan kencang Kaoru Mitoma menukar keadaan sebelum Tariq Lamptey meledak gol ketiga 19 minit sebelum tamat.

    Pengurus England, Gareth Southgate mungkin kecewa selepas melihat penampilan Kane di City Ground pada malam sebelum dia menamakan pemain ke dalam skuad Piala Dunia.

    Kapten England itu akhirnya dapat berehat pada setengah jam terakhir ketika Antonio Conte tampak sudah mengalah apabila pasukannya ketinggalan 2-0. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...