Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Man City perlu kuatkan mentaliti

    LONDON, 26 Jan – Potensi tersingkir dalam Piala FA menanti Pep Guardiola ketika dia membawa pasukan kendaliannya yang tidak konsisten, Manchester City ke Crystal Palace dalam pusingan keempat pada Sabtu ini.

    Keputusan bulan ini menjelaskan mengenai rentak yang tidak menentu, dengan pasukan kendalian Guardiola mara dengan kemenangan 5-0 di West Ham United dalam pusingan ketiga Piala FA, hanya untuk dibenam 4-0 kepada pasukan Everton dalam persaingan Liga Perdana.

    Mereka dilihat menemui rentak sekali lagi pada hujung minggu lalu, mendahului 2-0 di laman sendiri menentang Tottenham Hotspur, tetapi bolos dua gol pada separuh masa kedua untuk terikat seri 2-2.

    “Kami perlu kuat dari segi mental,” penjaga gol City, Claudio Bravo memberitahu laman sesawang kelab itu minggu ini.

    “Kami perlu bekerja keras, perlu percaya terhadap apa yang kami lakukan. Ia hanyalah resipinya.

    Reaksi penjaga gol Manchester City, Claudio Bravo ketika pasukannya menentang Everton dalam aksi Liga Perdana di Goodison Park. – AP
    Reaksi penjaga gol Manchester City, Claudio Bravo ketika pasukannya menentang Everton dalam aksi Liga Perdana di Goodison Park. – AP

    “Ia bukanlah satu perasaan yang bagus melihat bagaimana banyak perkara berkembang (menentang Tottenham).

    “Kami memiliki segalanya untuk memenangi perlawanan, tetapi ia adalah cerita yang sama: kami bermasalah untuk mencipta peluang dan pasukan lain, dengan pilihan yang kurang, menjaringkan gol.”

    City menang 2-1 dalam kunjungan terakhir mereka ke Selhurst Park pada November, tetapi ia memerlukan jaringan minit ke-83 menerusi Yaya Toure bagi pasukan pelawat untuk bangkit. Sam Allardyce belum mempamerkan kedudukannya sebagai pengurus Palace, yang mana kemenangan pusingan ketiga 2-1 ke atas Bolton Wanderers adalah satu-satunya perlawanan yang mereka menangi sejak dia menggantikan Alan Pardew sebagai pengurus pada lewat Disember lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda