Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Man City sambar Danilo

LONDON, 24 Julai – Pemain bek kanan Real Madrid, Danilo (gambar) telah melengkapkan perpindahan ke Manchester City semalam, menyertai gergasi Liga Perdana kendalian Pep Guardiola itu dengan kontrak lima tahun.

Pemain berusia 26 tahun itu kini boleh menyertai City dalam jelajah pra musim mereka di AS selepas mempersetujui terma peribadi dan melepasi ujian perubatan.

“Terdapat minat yang besar dari beberapa buah kelab, tetapi ia adalah cita-cita saya untuk bermain untuk Pep Guardiola,” kata Danilo menerusi laman sesawang kelab barunya.

“Selepas sahaja saya mendengar bahawa dia berminat, saya serta-merta mahu menjadi pemain City,” tambahnya.

Pemergiannya dari juara Eropah itu telah disahkan oleh bos Real Madrid, Zinedine Zidane sebelum ini menjelang perlawanan persahabatan dengan Manchester United di California.

Menurut BBC, dia berpindah ke Man City dengan nilai 26.5 juta pound.

Guardiola telah menjadikan barisan pemain pertahanannya keutamaan dalam musim tertutup ini setelah melepaskan Pablo Zabaleta, Gael Clichy dan Bacary Sagna.

Danilo kini menyertai pengambilan baru Man City, Kyle Walker, dengan bekas pemain Tottenham itu menandatangani kontrak lima tahun dengan yuran perpindahan mampu mencapai 54 juta pound bulan ini.

Danilo, yang telah menyertai juara Eropah Real pada tahun 2015 dari Porto, hanya beraksi sebanyak 17 perlawanan liga musim lepas dengan Dani Carvajal lebih menjadi pilihan bagi peranan bek kanan.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu menjadi pilihan berbanding Danilo dalam final Liga Juara-Juara di Cardiff ketika Real menewaskan Juventus 4-1 bagi gelaran Eropah ke-12 mereka. Real dijangka berdepan dengan City di Los Angeles minggu depan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -