Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Man United dapatkan khidmat Eriksen

    LONDON, 4 JULAI – Manchester United telah bersetuju untuk menandatangani pemain tengah Denmark, Christian Eriksen secara perpindahan percuma, menurut laporan yang dinyatakan kelmarin.

    Pengurus United, Erik ten Hag membuat tawaran kontrak selama tiga tahun kepada Eriksen selepas prestasi kemunculan semula yang mengagumkan pemain Denmark itu ketika bersama Brentford.

    Pemain berusia 30 tahun itu sebelum ini dilaporkan mempunyai perjanjian lisan dengan United dan secara rasmi akan melengkapkan perpindahannya ke Old Trafford selepas menjalani pemeriksaan perubatan.

    Perpindahan Eriksen ke United yang akan berlangsung tidak lama lagi bakal melengkapkan kepulangannya yang luar biasa selepas mengalami insiden yang hampir meragut nyawanya pada tahun lalu.

    Dia mengalami serangan jantung di atas padang di Copenhagen semasa bermain untuk Denmark di Kejohanan Eropah dan terpaksa meninggalkan Inter Milan selepas pulih kerana peraturan kesihatan Serie A.

    Eriksen, dipasang dengan defibrilator kardioverter yang boleh diimplan, membuktikan prestasi dan kecergasannya semasa tempoh pinjaman di Brentford pada separuh kedua musim lalu.

    Dia bermain 11 kali dalam Liga Perdana bagi Brentford dan menjaringkan satu gol serta menyumbang empat bantuan jaringan. – AFP

    Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen akan menyertai Man United secara percuma pada musim hadapan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...